09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Kakitangan KOSMA Menyertai PDRM Tanjung Putra 188 Fun Run & Fun Ride 2026

Pada 23 Mei 2026 – Warga kerja Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) tampil penuh bersemangat apabila menyertai Program PDRM Tanjung Putra 188 (PTP 188) Fun Run & Fun Ride 2026 yang berlangsung di Padang MBK dan Dataran Taman Kerang, Kuantan.

Program yang bermula seawal jam 6.30 pagi itu menghimpunkan peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, badan korporat dan komuniti setempat dalam suasana meriah serta penuh semangat kesukanan.

Penyertaan kakitangan KOSMA adalah sebagai salah satu usaha pihak pengurusan dalam menggalakkan amalan gaya hidup sihat di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan dan agensi luar.

Sepanjang program berlangsung, para peserta dilihat bersemangat mengambil bahagian dalam acara larian dan kayuhan santai sambil menikmati suasana pagi di sekitar bandar Kuantan. Aktiviti seperti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental, malah mampu membentuk semangat kerja berpasukan yang lebih baik dalam organisasi.

Kongsikan