09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Majlis Perasmian Bangunan Pejabat Polis Bantuan KOSMA

19 Mei 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah mengadakan Majlis Perasmian Bangunan Pejabat Polis Bantuan KOSMA dengan penuh gilang-gemilang di Kompleks Perladangan KOSMA, Kuantan, Pahang.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YDH CP Dato’ Sri Yahaya Bin Othman, Ketua Polis Pahang yang hadir bersama rombongan bagi meraikan pembukaan rasmi bangunan pejabat berkenaan. Ketibaan beliau telah disambut oleh YH Dato’ Haji Zamri Bin Mohamed selaku Pengerusi KOSMA bersama Ahli Lembaga Koperasi dan barisan pengurusan KOSMA.

Majlis dimulakan di auditorium dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis serta tayangan video korporat KOSMA yang memperkenalkan latar belakang dan perkembangan organisasi tersebut. Seterusnya, para tetamu kehormat bergerak ke tapak perasmian Pejabat Keselamatan KOSMA bagi meneruskan acara utama.

Ketibaan YDH CP Dato’ Sri Yahaya Bin Othman di tapak perasmian telah disambut dengan tabik hormat daripada anggota Polis Bantuan KOSMA. Majlis diteruskan dengan bacaan doa serta ucapan daripada YH Dato’ Haji Zamri Bin Mohamed yang menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan penubuhan bangunan pejabat tersebut.

Dalam ucapan beliau, YDH CP Dato’ Sri Yahaya Bin Othman menyatakan penghargaan atas inisiatif KOSMA dalam memperkukuhkan aspek keselamatan dan pengurusan organisasi melalui penubuhan Pejabat Polis Bantuan yang lebih sistematik dan kondusif. Beliau turut berharap agar kemudahan tersebut dapat meningkatkan tahap keselamatan serta memberi manfaat kepada seluruh warga kerja dan komuniti setempat.

Acara kemuncak majlis adalah upacara perasmian bangunan pejabat oleh YDH CP Dato’ Sri Yahaya Bin Othman yang disusuli dengan sesi tandatangan plak perasmian. Majlis turut diserikan dengan penyerahan mockup cek dan mockup kunci van jenazah sebagai simbolik sumbangan dan komitmen sosial KOSMA kepada masyarakat.

Selain itu, sesi bergambar dan acara penanaman pokok turut diadakan sebagai tanda penghargaan dan simbolik kepada usaha pemeliharaan alam sekitar serta kerjasama erat antara pihak KOSMA dan Polis Diraja Malaysia.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari bersama para tetamu jemputan di Dewan Kompleks Perladangan KOSMA sebelum bersurai.

Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen KOSMA dalam memperkasakan aspek keselamatan organisasi di samping mengeratkan hubungan strategik bersama Polis Diraja Malaysia demi kesejahteraan dan keselamatan bersama.

Kongsikan