Pada 26 OKTOBER 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) menerima pengiktirafan sebagai antara lima Majikan Terbaik KWSP Negeri Pahang bagi tahun 2026.
Anugerah tersebut diterima oleh Dato’ Indera Haji Zamri bin Haji Mohamed, Pengerusi KOSMA, dalam Majlis Anugerah Majikan Terbaik KWSP Cawangan Kuantan 2026 yang berlangsung di Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan, hari ini.
Turut hadir ialah Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi KOSMA.
Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap komitmen KOSMA dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai majikan, khususnya berkaitan caruman KWSP dan kebajikan kakitangan.







