09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

BENGKEL BUDGET CHALLENGE BAGI TAHUN 2027/2028

Pada 21–23 Oktober 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah mengadakan Bengkel Budget Challenge bagi tahun kewangan 2027/2028 yang berlangsung selama 3 hari bertempat di Hatten Hotel, Melaka.

Bengkel ini bertujuan membincangkan serta meneliti cadangan bajet dan perbelanjaan modal (CAPEX) bagi memastikan perancangan kewangan KOSMA untuk tahun 2027/2028 dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, berkesan dan berhemah.

Selain itu, bengkel ini turut merangkumi sesi perbincangan awal berkaitan cadangan pindaan terma dan syarat perkhidmatan kakitangan KOSMA.

Bengkel ini turut dihadiri oleh Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi KOSMA, Puan Hajah Zuraida binti Awang Said, Bendahari KOSMA dan Tuan Haji Ramlee bin Jantan, Anggota Lembaga KOSMA. Turut hadir ialah barisan pengurusan serta kakitangan KOSMA yang terlibat dalam penyediaan dan perancangan bajet daripada pelbagai bahagian dan jabatan.

Melalui bengkel ini, KOSMA berharap segala cadangan dan perancangan yang dibincangkan dapat membantu memperkukuh pengurusan kewangan, meningkatkan kecekapan operasi serta memastikan perbelanjaan organisasi lebih terancang dan selaras dengan hala tuju KOSMA.

Kongsikan