Pada 30 OKTOBER 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah menyertai Program Pemerkasaan Komuniti melalui Sinergi Masyarakat dalam Membanteras Jenayah ATIPSOM Tahun 2026 yang berlangsung di Swiss-Belhotel Kuantan, Pahang.
Kehadiran KOSMA diketuai oleh Dato’ Indera Haji Zamri bin Haji Mohamed, Pengerusi KOSMA, bersama Cr. Abdul Hamid bin Ghazali, Setiausaha KOSMA. Turut hadir kakitangan KOSMA yang terlibat dalam program berkenaan.
Program anjuran Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat mengenai jenayah pemerdagangan orang serta penyeludupan migran (ATIPSOM).
Antara pengisian program ialah dialog komuniti yang memberi penerangan mengenai pengenalan jenayah ATIPSOM, ancaman dan modus operandi, pengenalpastian awal serta perlindungan mangsa, termasuk kesalahan dan implikasi perundangan berkaitan.
Penyertaan KOSMA dalam program ini mencerminkan komitmen koperasi untuk terus menyokong usaha meningkatkan kesedaran dan memperkukuh kerjasama antara organisasi dengan pihak berkuasa dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.







