Pada 20 Oktober 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan keluarga pekerja yang meninggal dunia akibat kemalangan menerusi penyerahan Sumbangan Prihatin kepada waris arwah di Kampung Keselat Sakra, Lombok Timur.
Sumbangan tersebut disampaikan secara langsung kepada keluarga arwah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan KOSMA dalam meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan. Arwah meninggalkan seorang anak kecil yang berusia empat tahun.
Penyerahan sumbangan ini diketuai oleh Pengerusi KOSMA, YH Dato’ Indera Haji Zamri bin Haji Mohamed. Turut hadir ialah Cr. Abdul Hamid bin Ghazali (Setiausaha KOSMA), Tuan Haji Jamil bin Ninggal (Pengerusi Jawatankuasa Perladangan), Tuan Mohd Fawzul Hazim bin Isamuddin (Pengurus Ladang Sungai Kepasing), serta Encik Mohamad Firdaus bin Md Khalid (Penolong Pengurus TKA).
Turut bersama dalam program tersebut ialah wakil agensi pekerjaan PT MITRA, Pak Ibrahim dan Pak Eka, yang membantu menyelaras urusan penyerahan sumbangan kepada keluarga arwah.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan KOSMA dalam menjaga kebajikan pekerja serta mengambil berat terhadap nasib keluarga dan waris yang ditimpa musibah. KOSMA berharap sumbangan yang disampaikan dapat membantu meringankan beban keluarga arwah dalam menghadapi saat yang sukar ini.







