Pada 28 Mei 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah menganjurkan Majlis Korban Perdana yang melibatkan pengurusan serta kakitangan KOSMA dalam suasana penuh meriah, harmoni dan semangat kebersamaan.
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran para peserta sebelum diteruskan dengan bacaan doa sebagai pembuka majlis bagi memohon keberkatan dan kelancaran sepanjang program berlangsung.
Majlis turut diserikan dengan ucapan oleh Dato’ Haji Zamri bin Mohamed selaku Pengerusi KOSMA yang menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program korban pada tahun ini. Beliau turut menekankan kepentingan semangat kerjasama, keikhlasan dan nilai pengorbanan dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim antara warga kerja KOSMA.
Sebagai tanda penghargaan, sesi penyampaian cenderahati turut diadakan sebelum diteruskan dengan sesi bergambar kenangan bersama para peserta dan tetamu yang hadir.
Acara kemudiannya diteruskan dengan proses penyembelihan, melapah serta pengagihan daging korban yang dilaksanakan secara bergotong-royong oleh kakitangan dan jawatankuasa yang terlibat. Program ini bukan sahaja mencerminkan semangat kebersamaan, malah memperlihatkan komitmen warga KOSMA dalam memupuk nilai murni serta budaya bantu-membantu dalam organisasi.
Turut hadir memeriahkan program ialah Cr Abdul Hamid bin Ghazali, Puan Hajah Zuraida binti Awang Said, Anggota Lembaga KOSMA, Jawatankuasa Audit Dalaman (JKAD) serta barisan kakitangan KOSMA yang terlibat.
Majlis berakhir dengan jayanya dan bersurai dalam suasana penuh muhibah serta semangat kekeluargaan.











