Pada, 8–9 NOVEMBER 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah mengadakan Kursus Leadership Mindset and Supervisory Skills yang berlangsung pada 8 hingga 9 November 2026 bertempat di Grand Swiss-Belhotel, Melaka.
Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran kepimpinan serta keupayaan penyeliaan dalam kalangan kakitangan, selaras dengan skop tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Penyertaan kakitangan dalam kursus ini merupakan salah satu usaha pihak pengurusan KOSMA untuk memperkukuh kompetensi, meningkatkan keberkesanan pengurusan kerja serta membentuk budaya kepimpinan yang lebih baik dalam organisasi.




