09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Kursus AI Untuk Tingkat Kecekapan Pengurusan Pejabat

Pada 15 Mei 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) terus memperkukuhkan usaha pendigitalan organisasi melalui penganjuran Kursus AI Untuk Kegunaan Pejabat yang berlangsung pada 15 hingga 16 Mei 2026 di Auditorium Kompleks Perladangan KOSMA.

Program yang melibatkan kakitangan daripada pelbagai jabatan ini dianjurkan bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti kerja pejabat menerusi penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI) dalam tugasan harian. Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah penggunaan AI secara berkesan untuk membantu penyediaan dokumen, minit mesyuarat, memo, kertas kerja serta laporan pentadbiran dengan lebih cepat dan sistematik.

Inisiatif ini sejajar dengan komitmen KOSMA untuk melahirkan tenaga kerja yang celik teknologi serta mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan digital yang semakin pesat. Selain meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan, penggunaan AI juga dilihat mampu mengurangkan beban tugas manual khususnya dalam kalangan Pembantu Tadbir, Penyelia dan Eksekutif yang terlibat secara langsung dengan urusan pengurusan pejabat.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta didedahkan kepada pelbagai aplikasi dan teknik penggunaan AI yang praktikal serta bersesuaian dengan keperluan operasi organisasi. Peserta turut berpeluang melaksanakan latihan secara langsung menggunakan komputer riba masing-masing bagi memastikan pemahaman yang lebih menyeluruh terhadap teknologi tersebut.

Kongsikan