30 Julai 2026 | The Westin Dhaka, Bangladesh
Rombongan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah meluangkan masa bersarapan pagi bersama tiga orang pekerja Ladang KOSMA dari Bangladesh iaitu Kausar, Helal dan Munsur Ali di The Westin Dhaka pada 30 Julai 2026.
Sarapan pagi tersebut dihadiri oleh Dato’ Haji Zamri bin Mohamed, Pengerusi KOSMA. Turut mengiringi beliau ialah Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi KOSMA; Cr. Abdul Hamid bin Ghazali, Setiausaha KOSMA; Dicky Harrys bin Jamin, Pengurus Ladang; Mohamad Firdaus bin Md. Khalid dari Jabatan Tenaga Asing, serta kakitangan KOSMA yang terlibat.
Suasana yang santai dan mesra memberi peluang kepada kepimpinan KOSMA untuk beramah mesra serta bertanya khabar mengenai perkembangan dan kebajikan para pekerja.
Dalam kesempatan tersebut, Dato’ Haji Zamri bin Mohamed turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Munsur Ali sebagai tanda sokongan dan doa sempena beliau yang bakal menunaikan ibadah umrah.
Sepanjang berada di The Westin Dhaka, rombongan KOSMA turut menerima layanan yang amat baik daripada pihak hotel. Perkhidmatan yang cekap, efisien dan profesional telah memastikan setiap urusan berjalan dengan lancar serta memberikan pengalaman yang selesa kepada rombongan.
Pertemuan ini mencerminkan keprihatinan KOSMA terhadap kebajikan pekerja serta komitmen koperasi dalam mengeratkan hubungan silaturahim dengan seluruh warga kerjanya.







