Pada 13 Oktober 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) menunaikan kewajipan zakat perniagaan dalam satu majlis rasmi di Balai Temenggung, Istana Abdulaziz, hari ini.
Majlis penyerahan tersebut dihadiri oleh Pengerusi KOSMA, Dato’ Indera Haji Zamri bin Haji Mohamed, yang menghadap Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
KOSMA merupakan antara 14 badan korporat utama yang menyerahkan zakat pada majlis berkenaan, dengan jumlah keseluruhan kutipan hari ini mencecah RM20.91 juta untuk diagihkan kepada golongan asnaf di Pahang.







