Pada, 14–16 OKTOBER 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah dijemput khas oleh Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru bagi menghadiri program Business Meeting di Jakarta, Indonesia, yang berlangsung dari 14 hingga 18 Oktober 2026.
Penyertaan KOSMA dalam program ini bertujuan membincangkan isu berkaitan tenaga kerja Indonesia di Malaysia, termasuk permasalahan yang dihadapi serta cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam pengurusan tenaga kerja.
Perbincangan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan mencari pendekatan yang lebih berkesan dalam menangani isu tenaga kerja, khususnya bagi memenuhi keperluan sektor perladangan serta memastikan urusan pengambilan dan pengurusan tenaga kerja dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
Delegasi KOSMA diketuai oleh Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi KOSMA, bersama Puan Hajah Zuraida binti Aw. Said, Bendahari KOSMA; Encik Mohamad Firdaus bin Md Khalid, Penolong Pengurus Tenaga Kerja Asing (TKA); dan Encik Muhammad Akmal bin Amirudin, Penolong Pengurus Pentadbiran.
Dalam rangka lawatan tersebut, delegasi KOSMA turut menghadiri majlis makan malam di restoran Pagi Sore. Majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian cenderahati kepada Bapak Sigit Suryantoro Widiyanto Konsulat JenderalRepublic Indonesia (KJRI Johor Bahru), sebagai tanda penghargaan dan mengeratkan hubungan baik antara kedua-dua pihak.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen KOSMA untuk terus menjalin hubungan kerjasama strategik dengan pihak berkaitan, khususnya dalam usaha menangani isu tenaga kerja serta menyokong kelancaran operasi perladangan KOSMA.







