09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

KOSMA MENERIMA DUA ANUGERAH DI DALAM MAJLIS APRESIASI GERAKAN KOPERASI NEGERI PAHANG TAHUN 2026 (MAGKP’26)

Pada 13 Ogos 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) terus mencatatkan kejayaan apabila menerima dua anugerah dalam Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Negeri Pahang Tahun 2026 (MAGKP’26). Dalam majlis tersebut, KOSMA berjaya menduduki tempat ke-6 daripada 100 Koperasi Terbaik Malaysia, sekali gus mengharumkan nama KOSMA di peringkat kebangsaan.

KOSMA turut dinobatkan sebagai Koperasi Terbaik Negeri Pahang dengan menduduki tempat Pertama. Kedua-dua anugerah tersebut telah disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian dan kecemerlangan KOSMA.

KOSMA telah diwakili oleh Dato’ Indera Haji Zamri bin Haji Mohamed, Pengerusi KOSMA; Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi KOSMA; Cr. Abdul Hamid bin Ghazali, Setiausaha KOSMA; Puan Hajah Zuraida binti Awang Said, Bendahari KOSMA; serta Tuan Haji Jamil bin Ninggal, Anggota Lembaga KOSMA.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha, komitmen dan kerjasama seluruh Anggota Lembaga, pihak Pengurusan, warga kerja KOSMA dan Anggota KOSMA dalam memastikan KOSMA terus berkembang dan mencapai kecemerlangan.

Pencapaian ini diharapkan menjadi pemangkin kepada seluruh warga KOSMA untuk terus bersama-sama melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang

Kongsikan