Pada 11 Ogos 2026 – Majlis Perjumpaan Anggota Lembaga KOSMA Bersama Kakitangan Perladangan KOSMA telah yang berlangsung di Auditorium, Kompleks Perladangan KOSMA.
Majlis tersebut menjadi platform untuk Anggota Lembaga KOSMA bertemu dan berinteraksi secara langsung bersama kakitangan perladangan, selain menyampaikan amanat serta perkongsian berkaitan hala tuju dan perkembangan KOSMA.
Dato’ Indera Haji Zamri bin Haji Mohamed, Pengerusi KOSMA, telah menyampaikan amanat kepada Kakitangan Perladangan dengan menekankan kepentingan komitmen, kerjasama dan tanggungjawab dalam memastikan kelancaran operasi serta pencapaian KOSMA secara berterusan.
Turut hadir Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah (Timbalan Pengerusi KOSMA), Cr. Abdul Hamid bin Ghazali (Setiausaha KOSMA), Puan Hajah Zuraida binti Aw. Said (Bendahari KOSMA), Tuan Jamil bin Ninggal, (Anggota Lembaga KOSMA), Pengurus kanan Perladangan, Pengurus Kanan Operasi, Pengurus Perladangan dan Kakitangan Perladangan KOSMA.
Diharapkan perjumpaan sebegini dapat terus menjadi wadah komunikasi yang baik serta menyemarakkan semangat kerjasama dalam usaha memperkukuh prestasi dan kecemerlangan KOSMA.






