Pada, 15 Julai 2026 – Seramai 32 orang kakitangan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah menghadiri Bengkel Penilaian dan Pengurusan Risiko Rasuah yang berlangsung pada 15 hingga 16 Julai 2026 di Bilik Mesyuarat, KOSMA Business Hotel.
Program yang dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (PAKAR) ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Program Kepatuhan Tatakelola dan Integriti KOSMA, yang bertujuan memperkukuhkan budaya integriti, ketelusan serta tadbir urus yang baik dalam kalangan warga kerja KOSMA.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai aspek berkaitan pengenalpastian risiko rasuah, kaedah penilaian risiko, langkah-langkah pencegahan serta amalan terbaik dalam pengurusan integriti organisasi. Pendedahan ini penting bagi memastikan setiap kakitangan memahami tanggungjawab mereka dalam mengekalkan standard etika yang tinggi serta mematuhi peraturan dan dasar yang ditetapkan.
Inisiatif ini juga selaras dengan komitmen KOSMA untuk terus memperkukuhkan sistem tadbir urus korporat yang berintegriti, profesional dan berakauntabiliti. Melalui program seperti ini, KOSMA berusaha membentuk persekitaran kerja yang bebas daripada unsur rasuah serta meningkatkan keyakinan anggota dan pihak berkepentingan terhadap pengurusan koperasi.











