09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

KOSMA Sertai ASEAN Co-operative Organization President Cup Charity Golf Championship 2026

Pada 11 Julai 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menyokong pembangunan gerakan koperasi di peringkat antarabangsa apabila menyertai ASEAN Co-operative Organization (ACO) President Cup Charity Golf Championship 2026 yang berlangsung di Ayer Keroh Country Club, Melaka.

KOSMA telah diwakili oleh YH Dato’ Haji Zamri bin Mohamed, Pengerusi KOSMA, Cr. Abdul Hamid bin Ghazali, Setiausaha KOSMA, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan KOSMA serta barisan Pengurus KOSMA yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan golf amal tersebut bersama pemimpin koperasi dan organisasi dari seluruh rantau ASEAN.

Penganjuran kejohanan ini bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama antara gerakan koperasi ASEAN di samping mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan dan aktiviti amal. Penyertaan KOSMA dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan koperasi dalam menyokong usaha pembangunan masyarakat serta memperkukuhkan jaringan strategik di peringkat serantau.

Dalam program berprestij ini, KOSMA tampil sebagai Gold Sponsor, salah satu daripada kategori penajaan utama yang disediakan oleh pihak penganjur. Kategori penajaan tersebut terdiri daripada Platinum Sponsor, Gold Sponsor, Silver Sponsor, Supporting Sponsors dan Official Refreshment Sponsors.

Bagi edisi tahun 2026, Optimax Eye Specialist telah menjadi Platinum Sponsor, manakala KOSMA merupakan Gold Sponsor utama kejohanan. Kategori Silver Sponsors pula disertai oleh ANGKASA dan Koperasi TNB, sementara beberapa organisasi koperasi dan institusi serantau tampil sebagai Supporting Sponsors bagi menjayakan acara tersebut.

Kejohanan yang berlangsung sepanjang hari itu dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta, taklimat teknikal dan acara Shotgun Tee-Off sebelum diteruskan dengan majlis penutup yang dihadiri oleh delegasi ASEAN, pemimpin koperasi serta tetamu kehormat. Program turut diserikan dengan sesi penghargaan penaja, penyampaian hadiah, cabutan bertuah dan sesi bergambar sebagai simbolik kejayaan penganjuran kejohanan tersebut.

Kongsikan