09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Majlis Penutup Program Kursus Induksi Kakitangan Baharu 2026

Keratong, 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah menganjurkan Program Kursus Induksi Kakitangan Baharu 2026 yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada kakitangan baharu mengenai peranan, tanggungjawab, budaya kerja serta hala tuju organisasi.

Program yang berlangsung selama 6 hari telah menghimpunkan kakitangan baharu daripada pelbagai jabatan. Sepanjang kursus, para peserta telah didedahkan kepada sejarah penubuhan KOSMA, struktur organisasi, tadbir urus koperasi, etika kerja, integriti, serta aspek pengurusan dan operasi yang menjadi tunjang kepada kejayaan organisasi.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed, Pengerusi KOSMA. Dalam ucapan beliau, YH Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed menzahirkan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap kakitangan baharu memainkan peranan penting dalam memastikan KOSMA terus berkembang sebagai sebuah koperasi yang berdaya saing, progresif dan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota serta pelanggan.

Program induksi ini diharapkan dapat membantu para peserta menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja KOSMA serta membentuk warga kerja yang berintegriti, berpengetahuan dan komited dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Kongsikan