09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Majlis Penyerahan Kenderaan Badang EV

Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah mengadakan Majlis Penyerahan Kenderaan Badang EV pada Isnin, 6 Julai 2026, jam 5.00 petang di Lobi Kompleks Perladangan KOSMA sebagai langkah memperkukuhkan penggunaan teknologi hijau dalam operasi perladangan koperasi.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed, Pengerusi KOSMA, dan turut dihadiri oleh Anggota-Anggota Lembaga KOSMA, pengurus kanan serta kakitangan KOSMA.

Bertemakan “Memacu Transformasi Perladangan ke Arah Teknologi Hijau dan Lestari”, majlis dimulakan dengan ucapan aluan, bacaan doa dan ucapan oleh Dato’ Pengerusi KOSMA. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa penggunaan kenderaan berkuasa elektrik merupakan satu langkah penjimatan selari dengan aspirasi KOSMA untuk meningkatkan kecekapan operasi.

Acara kemuncak majlis menyaksikan gimik penyerahan kenderaan Badang EV yang melibatkan upacara pemotongan reben serta penyerahan mock kunci kepada pengurus-pengurus ladang sebagai simbolik penyerahan rasmi kenderaan tersebut untuk digunakan dalam operasi perladangan KOSMA.

Inisiatif penggunaan kenderaan elektrik ini membuktikan komitmen berterusan KOSMA dalam mengadaptasi teknologi moden dan amalan mampan bagi meningkatkan produktiviti serta menyokong agenda kelestarian organisasi.

Kongsikan