09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Program Ihya’ Ramadan Gerakan Koperasi Negeri Pahang 1447H/2026M

Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Pahang (SKM Negeri Pahang) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah berjaya menganjurkan Program Ihya’ Ramadan Gerakan Koperasi Negeri Pahang 1447H/2026M.

Program ini turut mendapat sokongan dan anjuran bersama IKMa Zon Timur, ANGKASA Pahang Timur, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Co-opbank Cawangan Kuantan, Koperasi Serbausaha Makmur Berhad, Koperasi Serbaguna Dara Berhad, Koperasi Pegawai-Pegawai Kakitangan Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad serta Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad.

Objektif utama program ini adalah untuk menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa kepada golongan asnaf dan orang awam sebagai tanda keprihatinan serta tanggungjawab sosial gerakan koperasi terhadap komuniti setempat. Sebanyak 700 pax sumbangan juadah berbuka puasa telah berjaya diagihkan kepada golongan yang memerlukan, termasuk asnaf dan masyarakat setempat yang hadir.

Turut hadir ialah YB Dato’ Amizar Abu Adam, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang yang turut menyumbangkan kurma kepada orang awam serta mengadakan lawatan ke bazar sepanjang program berlangsung.

Program ini merupakan manifestasi semangat kebersamaan dan solidariti gerakan koperasi dalam menyemarakkan bulan Ramadan, di samping memperkukuh nilai kebajikan dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan memberi manfaat kepada semua penerima.

Kongsikan