Pada 7 Mac 2026. Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) bersama Yayasan KOSMA telah membuat sumbangan yang amat bermakna dalam Program KDPB Sultan Pahang Berkenan Memasyhurkan Masjid Pulau Tawar kepada Masjid Tengku Hajah Aisyah Mandak.
KOSMA telah menyumbangkan 100 unit minyak masak dan 100 unit kampit beras untuk membantu meringankan beban asnaf. Selain itu, Yayasan KOSMA juga turut memberikan sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada asnaf yang memelukan.
Sumbangan ini diharapkan dapat membantu dalam mempertingkatkan kebajikan masyarakat, terutamanya mereka yang memerlukan. Keprihatinan KOSMA dalam menunjukkan komitmen bagi membangunkan masyarakat melalui program-program yang memberi impak positif.







