09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Brainstorming Perladangan KOSMA 2026

Petaling Jaya, 12 Februari 2025 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah menganjurkan Program Brainstorming Perladangan yang berlangsung dari 10 hingga 12 Februari 2025 di Le Meridien Petaling Jaya.

Program ini bertujuan memperkukuh perancangan strategik sektor perladangan KOSMA, di samping menjadi platform perbincangan, percambahan idea serta penambahbaikan operasi dan prestasi ladang.

Majlis telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Zamri bin Mohamed, Pengerusi KOSMA. Turut hadir memeriahkan program ialah Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi KOSMA; Cr Abdul Hamid bin Ghazali, Setiausaha KOSMA; serta Puan Hajah Zuraida binti Awang Said, Bendahari KOSMA, Anggota Lembaga KOSMA, wakil Budi-JS serta kakitangan yang terlibat.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai sesi perbincangan dan pembentangan telah diadakan bagi menilai prestasi semasa, mengenal pasti cabaran operasi serta merangka strategi baharu demi memastikan sektor perladangan KOSMA terus berkembang secara mampan dan berdaya saing.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan operasi serta memastikan hala tuju organisasi sentiasa selari dengan keperluan semasa industri.

Kongsikan