Pada 13 November 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) melalui Kelab Rekreasi dan Kebajikan KOSMA (KARISMA) telah menganjurkan Pertandingan Tilawah Al-Quran Kakitangan KOSMA Tahun 2026 bertempat di Auditorium Kompleks Perladangan KOSMA.
Pertandingan yang bermula pada jam 2.45 petang itu disertai seramai 12 orang kakitangan KOSMA dan bertujuan menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran serta memupuk budaya membaca dan menghayati kitab suci dalam kalangan warga kerja.
Majlis turut dihadiri oleh Dato’ Indera Haji Zamri bin Haji Mohamed (Pengerusi KOSMA), Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah (Timbalan Pengerusi KOSMA), Cr. Abdul Hamid bin Ghazali (Setiausaha KOSMA), Puan Hajah Zuraida binti Awang Said (Bendahari KOSMA), Anggota Lembaga, dan kakitangan KOSMA.
Majlis diakhiri dengan ucapan penutupan oleh Pengerusi KOSMA, penyampaian hadiah kepada para pemenang serta jamuan makan. Penganjuran program ini diharapkan dapat mengeratkan ukhuwah dalam kalangan kakitangan KOSMA, di samping menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dan menggalakkan penghayatannya dalam kehidupan seharian.







