Pada 8 OKTOBER 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad telah mengadakan Majlis Perjumpaan Dato’ Indera Haji Zamri bin Haji Mohamed, Pengerusi Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) bersama Anggota Lembaga KOSMA dan kakitangan Perladangan KOSMA pada 8 Oktober 2026, jam 4.00 petang bertempat di Auditorium Kompleks Perladangan KOSMA.
Turut hadir ialah Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi KOSMA; Cr. Abdul Hamid bin Ghazali, Setiausaha KOSMA; Puan Hajah Zuraida binti Awang Said, Bendahari KOSMA; Tuan Haji Jamil bin Ninggal, Anggota Lembaga KOSMA; Dato’ Haji Zazali bin Haron, Penasihat KOSMA serta kakitangan yang terlibat.
Dalam perjumpaan tersebut, turut diadakan penyampaian sumbangan tabung persaraan dan takaful kepada balu Allahyarham Mohd Asri bin Omar, bekas pekerja KOSMA yang telah meninggal dunia. Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan KOSMA terhadap kebajikan keluarga bekas kakitangannya.
Selain itu, majlis turut menyaksikan acara simbolik penyerahan bakul makanan kepada pekerja KOSMA sebagai tanda keprihatinan pihak koperasi terhadap kebajikan kakitangan.
Perjumpaan ini mencerminkan komitmen KOSMA dalam memperkukuh hubungan antara pihak pengurusan, Anggota Lembaga dan kakitangan, di samping terus memberi perhatian terhadap kebajikan warga kerja KOSMA.









