Pada 20 September 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah menyampaikan sumbangan tiga buah van serbaguna kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Pengkalan Damar, Kuantan; Maahad Darul Tahfiz Al-Quran Jerantut; dan Sekolah Menengah Agama Al-Taufikiah Al-Asriah, Tanjung Besar, Kuala Lipis.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Dato’ Indera Haji Zamri bin Haji Mohamed, Pengerusi KOSMA, kepada wakil ketiga-tiga institusi penerima.
Turut hadir Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah (Timbalan Pengerusi KOSMA), Cr. Abdul Hamid bin Ghazali, (Setiausaha KOSMA), Puan Hajah Zuraida binti Awang Said (Bendahari KOSMA), Tok Muda Dato’ Haji Talib bin Sulaiman, Anggota Lembaga Pengarah Yayasan KOSMA, wakil Yayasan KOSMA serta wakil kakitangan KOSMA.









