09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

MESYUARAT DAN TAKLIMAT BERSAMA CCO & ASSOCIATES SERTA PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA KOSMA

Pada 11 September 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah mengadakan Mesyuarat dan Taklimat Bersama CCO & Associates bertempat di Dewan Sanggang Perdana, Hotel Seri Malaysia Kuantan, pada Jumaat, 11 September 2026.

Mesyuarat yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari merupakan mesyuarat susulan berkaitan cadangan pembangunan Hotel Boutique Salam King’s Park, Genting Highlands bersama pihak CCO & Associates. Antara perkara utama yang dibincangkan ialah pendedahan kepada Ahli Jawatankuasa KOSMA berkaitan risiko pelaburan, potensi pulangan serta aspek-aspek berkaitan projek hotel. Sesi taklimat turut memberi ruang kepada ahli jawatankuasa untuk mengemukakan soalan dan mendapatkan penjelasan berhubung projek berkenaan.

Bagi memastikan kajian dan pemantauan projek dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, mesyuarat turut bersetuju untuk mewujudkan Jawatankuasa Khas Task Force Projek King’s Park yang terdiri daripada ahli jawatankuasa KOSMA. Jawatankuasa khas ini akan bertanggungjawab menjalankan kajian, mengadakan perbincangan dan mesyuarat berkaitan projek serta menyediakan laporan untuk dikemukakan kepada Anggota Lembaga KOSMA (ALK).

Mesyuarat turut dihadiri oleh Anggota Lembaga KOSMA iaitu Dato’ Indera Haji Zamri bin Haji Mohamed (Pengerusi KOSMA), Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah (Timbalan Pengerusi), Cr. Abdul Hamid bin Ghazali (Setiausaha), dan Anggota Lembaga KOSMA.

Mesyuarat kemudiannya diakhiri dengan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa KOSMA bagi Sesi 2026/2027 kepada beberapa Ahli Jawatankuasa KOSMA yang baharu dilantik.

Pelantikan tersebut diharap dapat memperkukuhkan lagi peranan jawatankuasa dalam membantu KOSMA melaksanakan tanggungjawab, membuat penelitian terhadap perkara-perkara strategik serta menyokong usaha memperkasa tadbir urus dan pembangunan koperasi.

Kongsikan