09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Kali ke – 69 Peringkat KOSMA

Pada 31 Ogos 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia melalui Program Hari Kemerdekaan Malaysia Peringkat KOSMA yang berlangsung selama tiga hari, bermula 29 hingga 31 Ogos 2026 bertempat di Perladangan KOSMA, Muadzam Shah.

Program yang bertemakan “Semangat Merdeka, Jiwa Malaysia” itu dianjurkan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk rasa cintakan negara serta mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama dalam kalangan warga KOSMA. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program, antaranya Pertandingan Kuiz Kenegaraan dan Pertandingan Koir Kemerdekaan yang mendapat penyertaan dan sambutan daripada warga KOSMA.

Kemuncak sambutan berlangsung pada 30 Ogos dengan Perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat KOSMA yang disempurnakan oleh YH Dato’ Pengerusi KOSMA, Dato’ Indera Haji Zamri bin Haji Mohamed di Astaka Perladangan KOSMA. Program turut dimeriahkan dengan persembahan Kombo ATM, persembahan khas, penyampaian hadiah pertandingan, perarakan motorsikal membawa panji kemerdekaan, menaikkan Jalur Gemilang, kira detik Merdeka serta persembahan bunga api.

Pada 31 Ogos 2026, sambutan diteruskan dengan perarakan masuk panji kontinjen setiap jabatan dan ladang menuju ke Dewan Serbaguna KOSMA. Majlis turut diserikan dengan bacaan ikrar oleh Inspektor Polis Bantuan dan amanat daripada Pengerusi KOSMA, YH Dato’ Indera Haji Zamri bin Haji Mohamed.

Turut hadir memeriahkan sambutan ialah Dato’ Haji Mohd Sabri Bin Haji Abdullah (Timbalan Pengerusi KOSMA), Cr Abdul Hamid bin Ghazali (Setiausaha KOSMA), Anggota Lembaga KOSMA, Jawatankuasa Audit Dalaman (JKAD), Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil KOSMA, seluruh kakitangan KOSMA serta kakitangan Kilang KOSMA.

Sambutan turut dimeriahkan dengan persembahan Kombo ATM, pengumuman perbarisan terbaik serta penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen KOSMA dalam membina semangat kebersamaan, perpaduan dan patriotisme dalam kalangan warga kerja. Penglibatan menyeluruh daripada barisan kepimpinan, jawatankuasa serta kakitangan KOSMA menjadikan sambutan kali ini berlangsung dalam suasana penuh meriah dan harmoni.

Kongsikan