Pada 16 Ogos 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Stres dan Emosi bagi meningkatkan kesedaran serta kemahiran kakitangan dalam mengurus tekanan dan emosi dengan lebih baik.
Kursus yang berlangsung selama tiga hari, 14 hingga 16 Ogos 2026, bertempat di Villea Rompin Resort & Golf, melibatkan penyertaan seramai 70 orang kakitangan yang terdiri daripada barisan pengurusan dan Kakitangan KOSMA.
Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Indera Haji Zamri bin Haji Mohamed, Pengerusi KOSMA. Dalam perasmian berkenaan, beliau menekankan kepentingan pengurusan stres dan emosi yang baik bagi membantu kakitangan menghadapi cabaran pekerjaan serta mengekalkan keharmonian di tempat kerja.
Sepanjang program, para peserta diberikan pendedahan berkaitan pengurusan tekanan dan emosi serta kaedah yang sesuai untuk menghadapinya secara positif. Kursus ini turut menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesejahteraan diri dalam membentuk persekitaran kerja yang lebih sihat dan produktif.
Majlis penutupan kursus pula telah disempurnakan oleh Tuan Cr. Abdul Hamid bin Ghazali, Setiausaha KOSMA.
Penganjuran kursus ini diharap dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam mengurus tekanan dengan lebih berkesan, di samping meningkatkan motivasi, kerjasama dan produktiviti dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
KOSMA sentiasa komited dalam memperkukuh pembangunan dan kesejahteraan kakitangan sebagai usaha melahirkan warga kerja yang lebih positif, berdaya tahan dan produktif.








