Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada seluruh Anggota Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA).
YH Dato’ Sri/YH Dato’/Tuan/Puan,
UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA YANG BERHORMAT DATO’ SRI HAJI MOHAMMAD FAKHRUDDIN BIN MOHD ARIF ATAS PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN SULTAN AHMAD SHAH PAHANG YANG AMAT DI MULIA PERINGKAT PERTAMA – SRI SULTAN AHMAD SHAH PAHANG (SSAP)
Seluruh Ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan, warga kerja serta anggota Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Arif, Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) atas pengurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Pertama – Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang pada 1 Ogos 2026 bersamaan 17 Safar 1448 Hijrah.
Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap jasa, kepimpinan dan sumbangan YB Dato’ Sri Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Arif kepada negeri Pahang serta komitmen beliau dalam menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA).
Seluruh warga KOSMA berasa amat berbangga atas pengiktirafan yang dikurniakan kepada YB Dato’ Sri Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Arif dan mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, keberkatan serta terus cemerlang dalam memikul amanah demi agama, bangsa, negeri dan KOSMA.
Sekian, terima kasih.
DATO’ HAJI MOHD SABRI BIN HAJI ABDULLAH
Timbalan Pengerusi
KOPERASI SERBAUSAHA MAKMUR BERHAD (KOSMA)



