09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA YANG HORMAT DATO’ HAJI ZAMRI BIN HAJI MOHAMED ATAS PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN SRI INDERA MAHKOTA PAHANG (SIMP) PERINGKAT PERTAMA DENGAN GELARAN DATO’ INDERA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada seluruh Anggota Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA).

YH Dato’ Sri/YH Dato’/Tuan/Puan,

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA YANG HORMAT DATO’ HAJI ZAMRI BIN HAJI MOHAMED ATAS PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN SRI INDERA MAHKOTA PAHANG (SIMP) PERINGKAT PERTAMA DENGAN GELARAN DATO’ INDERA

Alhandulillah. Seluruh Anggota Lembaga, pihak Pengurusan, Warga kerja dan Anggota Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Hormat Dato’ Haji Zamri bin Mohamed, Pengerusi KOSMA merangkap Pengerusi Yayasan KOSMA (YAKOS) atas limpah perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Pertama – Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Dato’ Indera, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Tahun 2026.

Pengurniaan darjah kebesaran ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap jasa dan sumbangan serta kepimpinan beliau dalam memacu kecemerlangan KOSMA kepada pembangunan masyarakat serta negeri Pahang.

Semoga Yang Hormat Dato’ Indera Haji Zamri bin Mohamed terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus cemerlang memimpin KOSMA ke arah kejayaan yang lebih gemilang. Syukur!

Sekian, terima kasih.

Cr. ABDUL HAMID BIN GHAZALI
Setiausaha
KOPERASI SERBAUSAHA MAKMUR BERHAD (KOSMA)

Kongsikan