09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Sambutan Hari Koperasi Negara 2026 Peringkat Kebangsaan

BUTTERWORTH, 4 Julai 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari Koperasi Negara 2026 (HKN’26) Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena, Pulau Pinang.

Delegasi KOSMA telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Zamri bin Mohamed, Pengerusi KOSMA. Turut mengiringi beliau ialah YBhg. Dato’ Haji Mohd Sabri Bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi KOSMA, Cr Abdul Hamid Bin Ghazali, Setiausaha KOSMA serta Puan Hajah Zuraida Binti Aw. Said, Bendahari KOSMA.

Sambutan Hari Koperasi Negara 2026 yang membawa tema “Koperasi Memperkasa Komuniti, Membina Negara MADANI” telah menghimpunkan gerakan koperasi dari seluruh negara bagi meraikan sumbangan dan peranan penting koperasi dalam pembangunan ekonomi serta kesejahteraan masyarakat.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, yang menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan gerakan koperasi dalam memperkukuh ekonomi rakyat dan memperkasakan komuniti setempat.

Kehadiran delegasi KOSMA ke program berprestij ini mencerminkan komitmen berterusan koperasi dalam menyokong agenda pembangunan gerakan koperasi negara serta memperluaskan jaringan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak.

Kongsikan