09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI KOSMA PERDANA 2026

KOSMA, 18 April 2026 – Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri KOSMA Perdana 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah di Astaka, Kompleks Perladangan KOSMA, sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja yang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Majlis yang bermula dengan ketibaan para tetamu jemputan itu diserikan dengan kehadiran Pengerusi KOSMA, Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed, bersama barisan Ahli Lembaga KOSMA. Turut hadir ialah Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah (Timbalan Pengerusi), Tuan Cr. Abdul Hamid bin Ghazali (Setiausaha), Puan Hajah Zuraida binti Awang Said (Bendahari), Ahli Lembaga KOSMA, Pengurus Kanan Operasi, Pengurus Kanan Pentadbiran serta para kakitangan yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi KOSMA, diikuti bacaan doa dan seterusnya jamuan makan. Para tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai juadah Hari Raya yang disediakan, sekali gus menambah kemeriahan suasana sambutan.

majlis ini diadakan khusus bagi meraikan pekerja Ladang KOSMA yang tidak berpeluang pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri, termasuk pekerja dari Indonesia dan Bangladesh. Inisiatif ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta menghargai jasa dan pengorbanan warga kerja dalam memastikan kelancaran operasi ladang.

Kongsikan