Pada 29 Januari 2026, KOSMA telah mengadakan Majlis Penyerahan Laptop kepada kakitangan penyelia perladangan sebagai inisiatif memperkasa kecekapan kerja serta meningkatkan penggunaan teknologi dalam pengurusan perladangan.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Zamri bin Mohamed, Pengerusi KOSMA. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi KOSMA, Cr Abdul Hamid bin Ghazali, Setiausaha KOSMA, Puan Hajah Zuraida binti Awang Said, Bendahari KOSMA, Anggota Lembaga KOSMA, Jawatankuasa Audit Dalaman (JKAD) serta barisan kakitangan KOSMA yang terlibat.
Program ini bertujuan bagi menyokong pelaksanaan tugasan harian kakitangan penyelia perladangan agar lebih sistematik, cekap dan selari dengan keperluan semasa yang menekankan penggunaan teknologi digital.
Majlis ini sekali gus mencerminkan kesungguhan pihak pengurusan dalam memastikan kebajikan dan keperluan kakitangan sentiasa diberi perhatian demi mencapai matlamat organisasi.













