Pada 29 Januari 2026, Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah menganjurkan Taklimat Terma dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Kakitangan, Etika Kerja serta Pematuhan Peraturan kepada seluruh kakitangannya bertempat di Auditorium Kompleks Perladangan KOSMA.
Program ini telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Zamri bin Mohamed, Pengerusi KOSMA. Turut hadir memeriahkan program ialah Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi KOSMA, Puan Hajah Zuraida binti Awang Said, Bendahari KOSMA, barisan Anggota Lembaga KOSMA, Jawatankuasa Audit Dalaman (JKAD) serta kakitangan KOSMA yang terlibat.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Cr Abdul Hamid bin Ghazali, Setiausaha KOSMA, yang memberi penerangan terperinci berkaitan terma dan syarat perkhidmatan, etika kerja serta kepentingan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman kakitangan terhadap tanggungjawab, amanah serta disiplin dalam menjalankan tugas. Ia juga bertujuan membentuk budaya kerja yang profesional, berintegriti dan berdaya saing selaras dengan matlamat KOSMA.
Melalui taklimat ini, pihak pengurusan berharap agar semua kakitangan dapat menghayati serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan, sekali gus meningkatkan kualiti kerja dan imej organisasi.
Pihak KOSMA komited untuk terus melaksanakan program seumpama ini dari semasa ke semasa demi memperkukuh tadbir urus serta pembangunan sumber manusia yang berkualiti.





