Pada 25 Januari 2026, jam 10.00 pagi, telah berlangsung Perlawanan Persahabatan Golf antara Delegasi Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bertempat di Awana Genting Highlands Golf Course.
Perlawanan persahabatan ini diadakan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara KOSMA dan SKM dalam suasana santai dan berinformal.
Delegasi KOSMA diketuai oleh Dato’ Haji Zamri bin Mohamed, Pengerusi KOSMA, manakala pihak SKM diwakili oleh delegasi dari Ibu Pejabat yang diketuai oleh Tuan Hj. Efendee O P Andu. Turut serta dalam perlawanan ini ialah barisan kepimpinan KOSMA, Anggota Lembaga KOSMA serta pegawai-pegawai yang terlibat.
Penganjuran perlawanan persahabatan ini mencerminkan hubungan baik yang terjalin antara KOSMA dan SKM serta diharap dapat menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih kukuh pada masa akan datang demi pembangunan dan kemajuan gerakan koperasi.












