09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

KUNJUNG HORMAT KOSMA KEPADA KETUA POLIS PAHANG

Pada 19 Januari 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah mengadakan kunjung hormat kepada Ketua Polis Pahang serta sesi perbincangan berhubung kelulusan yang telah diperolehi bagi penubuhan Polis Bantuan KOSMA, dalam satu pertemuan rasmi yang berlangsung hari ini.

Kunjung hormat tersebut telah disambut oleh YDH CP Dato’ Sri Yahaya bin Othman, Ketua Polis Pahang. Sesi perbincangan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara KOSMA dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), di samping membincangkan perkara-perkara berkaitan pelaksanaan, pematuhan garis panduan serta kerjasama berterusan selepas kelulusan penubuhan Polis Bantuan KOSMA diperolehi.

Dalam pertemuan tersebut, pihak KOSMA telah diwakili oleh Dato’ Haji Zamri bin Mohamed (Pengerusi KOSMA), Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah (Timbalan Pengerusi KOSMA), Cr Abdul Hamid bin Ghazali (Setiausaha KOSMA), serta Puan Hajah Zuraida binti Aw. Said (Bendahari KOSMA). Turut hadir ialah Anggota Lembaga KOSMA (ALK) dan kakitangan KOSMA yang terlibat.

Kongsikan