09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN JANUARI BAGI KAKITANGAN IBU PEJABAT

KOSMA telah mengadakan Sambutan Hari Lahir Bulan Januari 2025 dalam suasana penuh kemesraan dan ukhuwah bertempat di Ibu Pejabat KOSMA. Majlis ini diadakan bagi menghargai warga kerja serta kepimpinan KOSMA yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Januari.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan tertinggi KOSMA iaitu Dato’ Haji Zamri bin Mohamed, Pengerusi KOSMA, Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi KOSMA, Cr Abdul Hamid bin Ghazali, Setiausaha KOSMA serta Puan Hajah Zuraida Binti Aw. Said, Bendahari KOSMA. Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan Jawatankuasa Audit Dalaman (JKAD) serta kakitangan Ibu Pejabat KOSMA.

Sambutan ini bukan sahaja bertujuan meraikan hari lahir warga KOSMA, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pengurusan dan kakitangan. Majlis berlangsung dengan sederhana namun penuh makna melalui sesi ramah mesra serta penyampaian ucapan penghargaan.

Kongsikan