09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Melawat Tapak Perumahan Anggota Lembaga KOSMA Bersama KJRI Johor Bahru

31 Disember 2025 – Anggota Lembaga Koperasi KOSMA (ALK) bersama pihak Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru telah mengadakan lawatan rasmi ke tapak perumahan baharu serta projek solar bagi meninjau perkembangan semasa pelaksanaan projek yang dirancang.

Lawatan ini diketuai oleh Yang Hormat Dato’ Haji Zamri bin Mohamed, Pengerusi KOSMA. Turut serta dalam delegasi KOSMA ialah Encik Abdul Hamid bin Ghazali, Setiausaha KOSMA, barisan Ahli Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JKAD) serta kakitangan KOSMA yang terlibat.

Delegasi KJRI Johor Bahru pula diwakili oleh Encik Wahyu Kusumanegara, Konsul Imigrasi, dan Puan Riza Sativa, Konsul Polis. Turut hadir ialah Encik Anas Sapaat, Encik Siswanta dan Encik Oky selaku kakitangan KJRI Johor Bahru.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menunjukkan komitmen tinggi KOSMA dalam menjaga kebajikan pekerja, khususnya melalui penyediaan perumahan yang selesa dan kondusif serta pelaksanaan projek solar sebagai inisiatif tenaga lestari. Usaha ini mencerminkan keprihatinan KOSMA terhadap kesejahteraan pekerja serta tanggungjawab sosial koperasi dalam jangka masa panjang.

Sepanjang lawatan, sesi taklimat ringkas telah diadakan bagi memberi penerangan mengenai perancangan pembangunan tapak perumahan baharu serta kemajuan projek solar yang sedang dilaksanakan. Pihak KJRI Johor Bahru turut diberi pendedahan terhadap langkah-langkah yang diambil oleh KOSMA dalam memastikan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan pekerja sentiasa terpelihara.

Kongsikan