KOSMA telah menyempurnakan pembayaran Skim PA (Perlindungan Insurans) kepada Mohd Aizat Haikal bin Idris, seorang kakitangan KOSMA, dalam satu majlis ringkas yang berlangsung pada 29 Disember 2025.
Pembayaran tersebut telah disampaikan oleh Dato’ Haji Zamri bin Mohamed, Pengerusi KOSMA, sebagai simbol keprihatinan dan komitmen pihak pengurusan KOSMA terhadap kebajikan serta kesejahteraan kakitangannya.
Majlis ini turut dihadiri oleh Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi KOSMA, Cr Abdul Hamid bin Ghazali, Setiausaha KOSMA, serta Puan Zuraida, Bendahari KOSMA. Turut hadir ialah barisan Anggota Lembaga KOSMA, JKAD, Jawatankuasa Keanggotaan, serta kakitangan KOSMA yang terlibat.
Pembayaran Skim PA ini mencerminkan tanggungjawab KOSMA dalam menyediakan perlindungan dan sokongan kepada kakitangan, selaras dengan amalan pengurusan yang berteraskan kebajikan dan keprihatinan.
KOSMA komited untuk terus memastikan kebajikan kakitangan sentiasa terpelihara demi kelangsungan dan kecemerlangan organisasi.



