09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Majlis Perpisahan Pengurus Besar

Pada 29 Disember 2025 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah menganjurkan Majlis Perpisahan Pengurus Besar KOSMA bersempena dengan penamatan perkhidmatan Tuan Haji Yusmi bin Yahaya yang akan berakhir secara rasmi pada 31 Disember 2025.

Majlis ini telah diserikan dengan ucapan oleh Pengerusi KOSMA, Dato’ Haji Zamri bin Mohamed, yang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan, komitmen serta kepimpinan yang telah dicurahkan oleh Tuan Haji Yusmi sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di KOSMA.

Menurut Dato’ Haji Zamri, Tuan Haji Yusmi yang memulakan perkhidmatan di KOSMA pada Jun 2023 telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh sistem pengurusan serta kelancaran pentadbiran organisasi. Kepimpinan dan pengalaman beliau telah memberi impak positif kepada hala tuju KOSMA dan menjadi contoh kepada warga kerja koperasi.

Majlis turut dihadiri oleh Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi KOSMA, Cr Abdul Hamid bin Ghazali, Setiausaha KOSMA, Puan Zuraida, Bendahari KOSMA, barisan Anggota Lembaga KOSMA, JKAD, Jawatankuasa Keanggotaan serta kakitangan KOSMA yang terlibat.

Majlis perpisahan ini berlangsung dalam suasana penuh penghargaan dan kekeluargaan, di mana seluruh warga KOSMA mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan terima kasih serta doa agar Tuan Haji Yusmi dikurniakan kesihatan yang baik dan kejayaan dalam fasa kehidupan seterusnya selepas menamatkan perkhidmatan beliau.

Kongsikan