09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Pada 19–20 OKTOBER 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah menganjurkan Kursus AI untuk Kegunaan Pejabat dan NotebookLM bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan dalam menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk urusan kerja harian.

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menggunakan AI bagi membantu menyediakan dokumen, menyusun maklumat, menganalisis data dan menghasilkan bahan pembentangan dengan lebih mudah dan cepat.

Selain penerangan, peserta turut menjalani latihan praktikal bagi memahami penggunaan teknologi tersebut dalam melaksanakan tugas harian. Penganjuran kursus ini merupakan salah satu usaha KOSMA untuk meningkatkan kemahiran kakitangan dalam penggunaan teknologi digital serta membantu melancarkan urusan pentadbiran dan pengurusan organisasi.

Kongsikan