Pada 13–16 OKTOBER 2026 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah mengadakan program Mesyuarat Operasi Ladang, Pembentangan Budget 2027/2028, Pembentangan Geographic Information System (GIS) KOSMA serta Pembentangan Laporan Prestasi Kontraktor Tahun 2026 di Hotel The Everly, Putrajaya.
Program ini dihadiri oleh Dato’ Indera Haji Zamri bin Haji Mohamed (Pengerusi KOSMA), Cr. Abdul Hamid bin Ghazali (Setiausaha KOSMA), Tuan Haji Jamil bin Ninggal (Anggota Lembaga KOSMA), Mr. Han Kee Juan – Budi JS, Mr. Irwin Fernandez – Budi JS, Tuan Haji Abdullah bin Busu Hanifah, Pengurus Kanan, Pengurus Perladangan dan kakitangan yang terlibat.
Program ini bertujuan membincangkan perkembangan operasi ladang, merancang keperluan budget bagi tahun 2027/2028 serta menilai prestasi kontraktor yang terlibat dalam pengurusan perladangan KOSMA. Antara pengisian program ialah pembentangan GIS bagi Ladang KOSMA 7, Ladang KOSMA 8 dan Ladang Bukit Serlai. Pembentangan budget pula melibatkan Ladang Gajah Jinak, Ladang Sungai Kepasing, Ladang Bukit Serlai serta Ladang KOSMA 6, 7, 8 dan 9.
Selain itu, pembentangan laporan prestasi kontraktor bagi tahun 2026 turut diadakan bagi menilai pelaksanaan kerja dan prestasi kontraktor di ladang-ladang terlibat. Program ini juga merangkumi pembentangan berkaitan pembangunan Kompleks dan Perladangan, Unit Keselamatan KOSMA serta Jabatan Tenaga Kerja Asing. Program turut diserikan dengan ceramah kesihatan oleh Dr. Han Yung Wen sebelum majlis penutup.









