09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

KOSMA SERTAI KONVENSYEN ANTI RASUAH 2025 ANJURAN PAKAR MALAYSIA

Pada 9 Oktober 2025 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah menyertai Konvensyen Anti Rasuah 2025 anjuran PAKAR Malaysia yang berlangsung di Dewan Sri Siantan, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Konvensyen yang bertemakan “Usaha Pemantapan Integriti dan Pencegahan Rasuah: Satu Realiti atau Retorik” ini menghimpunkan pelbagai organisasi dari seluruh negara untuk memperkukuh gerakan integriti dan pencegahan rasuah.

Delegasi KOSMA diketuai oleh YH Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed, Pengerusi KOSMA, bersama barisan kepimpinan dan pengurusan kanan. Turut serta ialah YH Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah (Timbalan Pengerusi), Cr Abdul Hamid bin Ghazali (Setiausaha), serta Puan Hajah Zuraida binti Awang Said (Bendahari). Hadir sama dalam delegasi tersebut ialah barisan Ahli Lembaga KOSMA yang terdiri daripada Dato’ Kurnia Bistari Dato’ Haji Mohamed Arifin bin Awang Ismail, Dato’ Jisshaleyz bin Hamzah, Drs Kamalrazman bin Saharudin, Haji Yusmi bin Haji Yahaya dan Kakitangan KSOAM yang terlibat.

Konvensyen ini memberi peluang kepada tetamu untuk mendalami isu rasuah dari perspektif dasar, pendidikan, dan penguatkuasaan melalui sesi forum, ceramah, dan perbincangan bersama tokoh-tokoh integriti negara. Kehadiran delegasi KOSMA membuktikan komitmen organisasi terhadap pengukuhan budaya tadbir urus yang telus serta usaha berterusan memerangi rasuah di semua peringkat pengurusan.

Kongsikan