09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

MAJLIS PERSARAAN PUAN SITI AISYAH BINTI ZAHARI DIRAI PENUH PENGHARGAAN DI KOMPLEKS PERLADANGAN KOSMA

25 November 2025 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) hari ini meraikan Majlis Persaraan Puan Siti Aisyah binti Zahari, yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannya secara rasmi pada 28 November 2025. Majlis yang berlangsung di Kompleks Perladangan KOSMA itu turut mengenang jasa beliau yang telah berkhidmat selama 39 tahun, bermula sejak tahun 1986.

Sepanjang hampir empat dekad perkhidmatan, Puan Siti Aisyah telah menyumbang bakti kepada KOSMA dan memegang jawatan terakhir sebagai Penolong Pengurus Pentadbiran dan Kewangan Ladang KOSMA 7. Beliau dikenali sebagai seorang yang berdisiplin, berdedikasi serta amat komited dalam memastikan kelancaran operasi pentadbiran dan kewangan di ladang tersebut.

Majlis turut dihadiri oleh Dato’ Haji Zamri bin Mohamed (Pengerusi), Cr Abdul Hamid bin Ghazali (Setiausaha), Puan Hajah Zuraida binti Awang Said (Bendahari), barisan Anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman (JKAD) serta seluruh kakitangan KOSMA yang hadir bagi meraikan detik bermakna ini.

Dalam ucapan alu-aluan, Dato’ Haji Zamri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan besar Puan Siti Aisyah kepada KOSMA, khususnya dalam aspek pengurusan pentadbiran dan kewangan ladang. Beliau menyifatkan Puan Siti Aisyah sebagai seorang yang berintegriti tinggi dan menjadi contoh teladan kepada warga kerja lain.

Puan Siti Aisyah dalam ucapan balasnya menzahirkan rasa syukur serta terharu atas penghargaan yang diberikan. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan dan semua rakan sekerja yang telah memberikan sokongan sepanjang perjalanan kariernya.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata, sesi bergambar, dan jamuan sebagai tanda penghargaan atas jasa serta pengorbanan Puan Siti Aisyah sepanjang 39 tahun berkhidmat bersama KOSMA.

Kongsikan