09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Majlis Persaraan Penolong Pengurus Kanan Ladang Bukit Serlai, En. Azlan Disambut Penuh Penghargaan

6 Oktober 2025 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) hari ini meraikan Majlis Persaraan En. Azlan bin Kamaluddin, Penolong Pengurus Kanan Ladang Bukit Serlai, dalam satu acara penuh penghormatan yang berlangsung di Auditorium Kompleks Perladangan KOSMA.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran pimpinan tertinggi KOSMA, antaranya Dato’ Haji Zamri bin Mohamed (Pengerusi), Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah (Timbalan Pengerusi), Cr Abdul Hamid bin Ghazali (Setiausaha), Puan Hajah Zuraida binti Awang Said (Bendahari), barisan Anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman (JKAD), Pengurus Besar serta seluruh kakitangan KOSMA.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Dato’ Haji Zamri bin Mohamed Pengerusi KOSMA, beliau menzahirkan penghargaan atas lebih daripada dua dekad khidmat bakti dan komitmen En. Azlan dalam memajukan ladang KOSMA. Beliau turut menyifatkan En. Azlan sebagai pegawai yang berdedikasi, berintegriti tinggi serta memainkan peranan besar dalam meningkatkan produktiviti.

“En. Azlan bukan sahaja seorang pemimpin yang berdedikasi malah Sumbangan beliau kepada KOSMA amat besar dan akan terus dikenang,” ujar Pengerusi dalam ucapannya.

Majlis turut menampilkan tayangan montaj perjalanan kerjaya En. Azlan, diikuti acara penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan pihak KOSMA. Suasana majlis bertambah meriah dengan kehadiran rakan-rakan sekerja yang tidak melepaskan peluang menyampaikan ucapan selamat bersara dan kenangan terakhir bersama beliau.

En. Azlan dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan dan seluruh warga KOSMA atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat. Beliau turut menyatakan rasa syukur dan bangga dapat menjadi sebahagian daripada organisasi tersebut.

Majlis berakhir dengan sesi jamuan dan fotografi bersama para tetamu sebagai tanda kenangan.

Kongsikan