Sambutan Hari Koperasi Negara telah diadakan di Stadium Tertutup Indera Mulia, Ipoh, Perak pada 18 Julai 2009. Pada majlis ini KOSMA telah dianugerahkan tempat ke-5 dalam indeks 100 Koperasi Terbaik di Malaysia. Majlis Penganugerahan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.
