KOSMA yang diwakili oleh Jawatankuasa Perancangan Strategik telah membuat lawatan ke Kilang OPF ( Oil Palm Frond ), Felda Bukit Sagu bagi mengenalpasti peluang untuk KOSMA menceburinya bidang pemprosesan pelepah kelapa sawit. Namun begitu, setelah lawatan dijalankan, KOSMA dimaklumkan bahawa kilang ini masih di bawah projek percubaan MARDI bersama FELDA. Mesin yang digunakan pula adalah tidak sesuai untuk memotong pelepah kelapa sawit tetapi sesuai untuk memproses biji-bijian seperti jagung dan sebagainya. Oleh yang demikian, jawatankuasa telah membuat perancangan untuk mengadakan lawatan ke sebuah kilang yang mengambil contoh konsep teknologi MARDI di Sabah pula.
