MAKLUMAN TERKINI DARI PENTADBIR.
Kepada Semua Anggota
Koperasi Serbausaha Makmur Berhad
Assalammualaikum / Salam Sejahtera
PERMOHONAN BAGI SEMAKAN KEHAKIMAN
Pada 2 November 2022 (Rabu) di Mahkamah Tinggi Kuantan 1, di hadapan Yang Arif Dato’ Haji Zainal Azman Bin Abd. Aziz telah berlangsung sesi pendengaran bagi kes Permohonan Semakan Kehakiman (Permohonan Semakan Kehakiman No.: CA-25-6-08/2022).
Pendengaran yang ditetapkan pada hari ini adalah bagi mendengar Permohonan yang telah difailkan oleh peguamcara kepada Pihak KOSMA dari Tetuan Amar Syiimir Izzat & Shah (ASIS) bagi mengeluarkan KOSMA daripada senarai Pemohon-Pemohon dan dimasukkan sebagai Responden-Responden bagi membantah Permohonan Semakan Kehakiman tersebut.
Pendengaran juga ditetapkan untuk mendengar permohonan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang ingin membantah kepada keseluruhan Permohonan Semakan Kehakiman tersebut. Pihak ASIS dan SKM telah pun menfailkan segala kertas-kertas kausa dan hujahan seperti yang diarahkan oleh Mahkamah bagi tujuan pendengaran pada hari ini.
Walaubagaimanapun, Mahkamah telah menangguhkan pendengaran ke tarikh 25 November 2022 berdasarkan kepada permohonan Peguamcara Pemohon-Pemohon daripada Tetuan Ibrahim Kamaruddin & Associates bagi memberi peluang kepada Pemohon-Pemohon untuk menfailkan Afidavit Jawapan kepada Afidavit Balasan Pihak KOSMA dan Afidavit Balasan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan juga untuk menfailkan Hujahan Bertulis berserta Ikatan Otoriti.
Mahkamah hanya membenarkan permohonan Peguamcara Pemohon-Pemohon untuk menfailkan Hujahan Bertulis tetapi tidak membenarkan penfailan apa-apa Afidavit lanjutan.
Sehubungan dengan itu, pihak Mahkamah Tinggi telah menetapkan 25 November 2022 (Jumaat) sebagai tarikh pendengaran kes bagi permohonan-permohonan pihak peguamcara ASIS dan SKM seperti di atas di sidang Mahkamah terbuka.
Pihak-pihak yang terlibat diarah mengemukakan hujahan dan permohonan masing-masing selewat-lewatnya satu hari sebelum tarikh pendengaran yang ditetapkan.
Oleh yang demikian, Pentadbir berharap agar orang awam khusunya anggota KOSMA tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan, membuat spekulasi dan mengeluarkan apa-apa pandangn berkaitan dengan kes ini bagi menghormati proses Mahkamah yang sedang berjalan.
Semua anggota KOSMA juga dipohon memberi kerjasama supaya bertenang, tidak terpengaruh dan percaya dengan semua berita yang berkaitan dengan kes di atas, dari sumber yang tidak pasti, yang telah diviralkan menerusi semua media komunikasi.
Perkembangan terkini berkaitan dengan kes ini, akan dimaklumkan kepada semua anggota KOSMA melalui grup KOSMA Official dan webportal rasmi KOSMA.
Untuk makluman semua anggota yang dihormati, jika mempunyai sebarang pertanyaan, komen atau cadangan, bolehlah terus menghubungi PIHAK KOSMA di talian RASMI dibawah.
Harap maklum, terima kasih.
Yang benar,
PENTADBIR
Email : anggota@kosma.com.my
No. Tel : 09-5177977 / 09-5177980 / 09-5177289
Waktu Operasi:
Isnin – Khamis
8:00 pagi – 1:00 Tengahari
2:00 petang – 5:00 Petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 Tengahari
2:45 petang – 5:00 Petang