MAKLUMAN TERKINI DARI PENTADBIR.
Kepada Semua Anggota
Koperasi Serbausaha Makmur Berhad
Assalammualaikum / Salam Sejahtera
PERMOHONAN BAGI SEMAKAN KEHAKIMAN
Pada 4 Oktober 2022 (Selasa) yang lalu, telah diadakan Sesi Pengurusan Kes bagi Permohonan Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuantan.
Sehubungan dengan itu, pihak Mahkamah Tinggi telah menetapkan 2 November 2022 (Rabu) sebagai tarikh pendengaran kes di sidang terbuka Mahkamah.
Pihak-pihak yang terlibat diarah mengemukakan hujahan dan permohonan masing-masing selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh pendengaran yang ditetapkan.
Oleh yang demikian, Pentadbir berharap agar orang awam khususnya anggota KOSMA tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan, membuat spekulasi dan mengeluarkan apa-apa pandangan berkaitan dengan kes ini bagi menghormati proses Mahkamah yang sedang berjalan.
Semua anggota KOSMA juga dipohon memberi kerjasama supaya bertenang, tidak terpengaruh dan percaya dengan semua berita yang berkaitan dengan kes di atas, dari sumber yang tidak pasti, yang telah diviralkan menerusi semua media komunikasi.
Perkembangan terkini berkaitan dengan kes ini, akan dimaklumkan kepada semua anggota KOSMA melalui grup KOSMA Official dan webportal rasmi KOSMA.
Untuk makluman semua anggota yang dihormati, jika mempunyai sebarang pertanyaan, komen atau cadangan, bolehlah terus menghubungi PIHAK KOSMA di talian RASMI dibawah.
Harap maklum, terima kasih.
Yang benar,
PENTADBIR
Email : anggota@kosma.com.my
No. Tel : 09-5177977 / 09-5177980 / 09-5177289
Waktu Operasi:
Isnin – Khamis
8:00 pagi – 1:00 Tengahari
2:00 petang – 5:00 Petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 Tengahari
2:45 petang – 5:00 Petang