Pada 7 Julai 2018, Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA), telah mengadakan Majlis Jamuan Aidilfitri di Kompleks Perladangan KOSMA, Mukim Keratong. Majlis tersebut dihadiri oleh Anggota Lembaga, Kakitangan Ibu Pejabat, Perladangan, Kakitangan Anak Syarikat serta Anggota KOSMA. Turut hadir Yang Berhormat Datin Samsiah Binti Arshad, ADUN Bukit Ibam. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara pemberian Duit Raya kepada kanak-kanak yang hadir serta acara cabutan bertuah. Pelbagai juadah disediakan bagi menjamu tetamu yang hadir. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara Cabutan Bertuah untuk pekerja-pekerja dan juga tetamu yang hadir.
