Pada 28 Oktober 2018, Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA), telah mengadakan Kursus Kesedaran ISO 9001:2015 bagi kesemua kakitangan KOSMA termasuk anak syarikat. Kursus Kesedaran ISO 9001:2015 ini telah disampai oleh Encik Khalid bin Libar (SIRIM STS Sdn. Bhd.) dan telah dirasmikan oleh Dato’ Pengerusi KOSMA, Dato’ Haji Mokhtar bin Mat Salleh. Kursus ini telah diadakan di Auditorium Kompleks Perladangan KOSMA. Turut Hadir adalah, Dato’ Abdul Manan bin Abdul Rahman (Timb. Pengerusi), Tuan Haji Ahmad Shukri Johari (Bendahari), Dato’ Hajjah Nazilah bt. Abdul Latif (Anggota Lembaga), Dato’ Haji Zamri bin Mohamed (Anggota Lembaga), Tuan Drs. Kamarazaman bin Zainal Abidin (Anggota Lembaga), Encik Azaham Shah bin Badrillah (Anggota Lembaga), dan wakil daripada Audit Dalaman. Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi kesedaran dan pentingnya sesebuah organisasi mempunyai ISO 9001:2015.
